| |
KRONOLOGI artakus.net
a
|
|
| |
1988 - 1991 |
:: |
Buku-buku
dalam siri Saga Artakusiad telah diterbitkan. Buat
pertama kalinya (bagi kebanyakan peminat siri ini)
dikejutkan dan ditawan oleh satu bentuk penulisan
yang begitu berlainan dengan bahan bacaan yang terbaris
di kedai-kedai buku, di rak perpustakaan asrama dan
sekolah, juga IPT tempatan.
Remaja pada masa itu lebih cenderung
membaca novel-novel cinta (anggapan berdasarkan minat
sebahagian besar rakan-rakan sebaya), yang meninggalkan
airmata atau sengihan gembira di akhir pembacaan.
"Buat
pertama kalinya juga, (saya) mengenali bunga bahasa
sedemikian indahnya, yang tidak sedikit pun mencelakan
ketakutan, kekalutan, harapan, keindahan, kasih sayang
dan semangat yang dibekalkan! Pembaca boleh tertawa
menekan perut dan kemudiannya sayu, dan di akhir pembacaan...
ia tidak meninggalkan airmata atau rasa gembira semata,
ia meninggalkan semangat yang sama kobarnya seperti
deskripsi penulis ditambah dengan persepsi pembaca
itu sendiri. Jelasnya buku-buku ini telah pergi jauh
dari hanya sekadar pembacaan, ada tiupan semangat
dan cita-cita dibawa bersama!" -elaira
<<---->>
|
|
| |
2001 |
:: |
Fajaronline
telah menyebut di dalam jurnal beliau tentang buku-buku
karya Ahmad Patria sebagai antara bacaan kegemaran
beliau. Bermula dari situ, ramai yang sering tersesat
ke laman berkenaan untuk mengetahui tentang Saga Artakusiad.
Ternyata, banyak peminat siri ini di luar sana.
<<---->> |
|
| |
Mac, 2002 |
:: |
Di
laman jurnal jigoMorisson, catatannya ada menceritakan
dia bersahabat dengan adik kepada penulis Ahmad Patria,
jadinya jika betul-betul serius mahu mencari dan bertanya
tentang kesudahan cerita Saga Artakusiad ini, maknanya
sudah ada lorongnya!
<<---->> |
|
| |
Sept, 2002 |
:: |
Perbincangan
tiga penjuru tentang buku-buku Saga Artakusiad antara
Fajar, Elaira dan Silence bermula buat kali pertamanya.
Secara keseluruhannya, satu website untuk tujuan tersebut
perlu diadakan. Oleh kerana siri ini belum ada kesudahannya,
maka kami mencadangkan supaya ia dijadikan cerita
bersambung, dan peminat siri ini boleh mengambil bahagian
dan mencorakkan jalan ceritanya sendiri.
Berbagai andaian serta idea mengenai
jalan cerita seterusnya telah dibincangkan, termasuklah
konsep bakal laman web itu nanti. Silence telah merangka
cerita, di mana Laira telah terkorban dan Artakus
kembali ke bumi. Akhirnya mereka bertemu semula di
alam nyata. Mungkin versi ini lebih mirip kepada kisah
kasih mereka.
Terdapat juga beberapa peminat Saga
ini (selain kami bertiga) yang telah pun memberi pendapat
tentang isi kandungan dan sitemap bakal laman web
tersebut seperti farah chasez kent
yang mencadangkan ruangan untuk 'favorite scenes',
termasuk babak pertarungan Artakus dan Jundak. Selain
itu termasuklah mengadakan Kamus Aurora (yang kini
telah pun berjaya dihasilkan walaupun belum lengkap,
dengan bantuan hampir kesemua peminat Saga Artakusiad)
dan juga 'profile page' bagi memuatkan deskripsi
penuh sesuatu watak itu, seperti deskripsi tentang
Nazril seorang karman yang selalu membantu Artakus.
Kami jua turut membincangkan ilustrasi
untuk site itu. Beberapa nama telah disebut sehingga
membawa nama Rosh sebagai keputusan
muktamad, berdasarkan kreativiti dan contoh artworknya.
Beliau sendiri telah bersetuju dengan cadangan itu.
Walaupun beliau belum pernah membaca siri ini, kesungguhannya
untuk mula melukiskan watak-watak siri saga ini hanya
berdasarkan sinopsis buku pertama (yang disediakan
oleh mr. x) amat mengkagumkan. Promosi juga adalah
perkara utama yang dibincangkan di penghujung mesyuarat
tidak rasmi itu.
<<---->>
x
|
|
| |
Jan, 2003 |
:: |
Catatan
di BlueHikari membuatkan peminat-peminat Saga Artakusiad
tertanya-tanya sesama sendiri, sementara terus bercerita
tentang angan kami untuk menjadikan laman Artakusiad
Online itu satu kenyataan.
Isi kandungan laman web itu dibincangan
lagi. Konsep, idea, warna, grafik dan sebagainya.
Jika benar kami sudah di ambang ketemu, maka ia harus
juga jadi kenyataan.
<<---->>n |
|
| |
Feb, 2003 |
:: |
Penghujung
Feb. 2003, kebanyakkan peminat setia Saga Artakusiad
telah membaca jurnal Bluehikari serta Fajaronline,
dikejutkan oleh satu kunjungan, yang membuat kami
tertanya-tanya. Benarkah itu kunjungan penulis unik
Ahmad Patria ke buku tamu-buku tamu kami?
Kesahihannya terbukti tidak lama
selepas itu. Gembira bersahutan. Serupalah mimpi menjadi
kenyataan! Harapan siri itu akan disambung menjulang.
Untuk seketika, kami hanyut dalam angan sendiri.
Tercetuslah dari keinginan Ahmad Patria sendiri agar
Kelab Aurora ditubuhkan. Antara lain adalah bertujuan
mengumpulkan seramai mungkin peminat siri ini. (club)
<<---->>
v |
|
| |
Mac, 2003 |
:: |
Satu
pertemuan dengan penulis ini telah diaturkan, antara
lain bertujuan membincangkan halatuju dan perancangan
terhadap buku-buku Saga Artakusiad. Antara percaya
dengan tidak, antara debar dan tidak sabar, akhirnya
kami bersua muka dengan Ahmad Patria,
penulis buku-buku Saga Artakusiad.
Mendengar, memahami, cuba mengerti,
kekaguman dan penuh inspirasi... Jika membaca keenam-enam
siri saga itu pemahaman kita akan bersekitar dari
apa yang tersurat dan mungkin ditambah sedikit persepsi
kita sendiri. Tetapi mendengar dari bicara penulis
ini sendiri, jelas... ia bukan sekadar jalan cerita
untuk hiburan semata. Telah terangkum ilmiah, ilmu
logik, sains dan ketuhanan di dalamnya, cuma lontaran
kata itu belum disempurnakan dalam bentuk buku.
Peminat yang hadir telah dihadiahkan
dengan salinan Bab 1, dari buku pertama; Permata Aurorius
yang telah diolah semula dalam gaya bahasa yang lebih
mantap [ baca ].
* Catatan pertemuan ini telah disiarkan
di fajaronline,
Bluehikari dan
Myth in the
Haze.
<<---->>
m |
|
| |
April, 2003 |
:: |
Pertemuan secara tidak rasmi diadakan di antara
Ahmad Patria dan Fajar untuk membincangkan tentang
Kelab Aurora. Nampaknya, Fajar sungguh bertuah kerana
berjaya mengupas keseluruhan kisah Saga Artakusiad
yang 'original' daripada penulis. Fajar turut dikisahkan
dengan perancangan penulis berkenaan dengan hasrat
untuk menghasilkan sekuel baru Artakus. Bukan itu
sahaja, Fajar telah diperdengarkan dengan lagu ciptaan
Ahmad Patria yang pernah dicatatkan di dalam siri
fantasi tersebut!
"He's
a good storyteller! Best... how lucky I am to know
him" - fajar.
<<---->>
|
|
| |
Jun, 2003 |
:: |
Laman
Artakusiad Online dibangunkan.
Rekabentuk keseluruhan telah diusahakan.
Isi kandungannya termasuklah sumbangan dari ahli-ahli
Kelab Aurora sendiri. Kerjasama serta komitmen yang
bersungguh-sungguh telah diberikan, dan ini telah
memudahkan kerja-kerja pembangunan laman ini.
<<---->>
m |
|
| |
July, 2003 |
:: |
Laman
web Artakusiad dilancarkan. http://www.artakus.net.
Dengan harapan ia dapat mengumpulkan
peminat-peminat serta penyokong--penyokong siri Saga
Artakusiad. Sekali gus menjadi pusat perbincangan,
memberi serta meminta pendapat, ia juga diharap akan
menjadi satu ruang yang menyumbang ke arah memajukan
dan memelihara karya sastera melayu dan juga berkebolehupayaan
dalam mencungkil serta mengasah bakat-bakat baru dalam
arena penulisan khasnya.
<<---->> |
|
|
|
|
|
compiled
by: elaira |
|
|
| |
|