Armorikus
Puak yang berasal dari Lembah Takayan. Puak yang paling mempercayai
dan dipercayai Artakus. Di sinilah satira Saga Artakusiad bermula.
Artakus yang tercedera dirawat oleh Nazril, seorang karman. Di
sini juga Artakus menemui Laira, gadis Aurora yang terpahat kukuh
di hatinya. Artakus mengenali rakan-rakan rapatnya di sini; Adonis,
Hansis, Esis dan Hortas. Puak Armorikus diketuai oleh Atinius
dan seluruh ahli puak menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi
kepada Artakus sejak dari mula.
Jegadai
Darumir, ketua puak Jegadai pernah mempertikai kebenaran Artakus
yang diakui puak Armorikus kerana kehadiran Artakus kedua. Artakus
Armorikus, walau bagaimanapun berjaya menumpaskan Artakus kedua
itu di Olai Tannon, di mana Hojainan, satu perhimpunan tradisi
kaum Aurora diadakan. Artakus kedua itu sebenarnya makhluk kegelapan
yang dicipta Herakos untuk menghalang penyatuan puak-puak Aurora.
Walaupun maruah Darumir sedikit tercalar akibat perkara ini, kebijaksanaan
Artakus telah berjaya memenangi kepercayannya.
Inkatus
Puak ini tidak begitu mempercayai ramalan-ramalan yang terdapat
di dalam Kitab Id. Mereka lebih percaya kepada keupayaan wang
dalam merealisasikan cita-cita mereka. Puak ini pernah mengalami
perebutan kuasa, dan jawatan ketua puak sering berpindah tangan
dengan cara kekerasan. Pada masa ini, puak Inkatus dipimpin oleh
Jeenusix.
Argida
Dahulunya merupakan sekutu Armorikus, tetapi sejak kejatuhan Kolossus
ke tangan Morrok, mereka telah berpecah. Puak Argida menyalahkan
puak Armorikus di atas kekalahan di Kolossus. Seorang pengkhianat
dari puak Armorikus telah membocorkan rahsia pertahanan kubu kepada
Morrok. Ketua puak Argida pada ketika itu telah bersumpah bahawa
mereka tidak akan melupakan dendam terhadap Armorikus selagi puak
Armorikus tidak menawan kembali benteng Kolossus dan membalas
kekalahan mereka di tangan Morrok.
Iotan, selaku ketua puak
Argida pada ketika ini, telah melakukan upacara pematahan pedang
untuk menyambung kembali ikatan persahabatan tersebut namun memerlukan
masa untuk melafazkan kesetiaan kepada Artakus.
Jendai
Kaum yang telah dimusnahkan oleh Morrok di timur Aurora
Morrok
Kaum dari barat yang kejam, hamba kepada Herakos. Morrok bermaksud
penakluk.
Contributed by:
farah chasez kent |