Teka-teki
Alah batu
keras di atas
Alah sutera lembut di bawah
Alah angin laju di atas
alah semut perlahan di bawah
Permata Aurorius, 1:169
Jawapan: Sungai Urkai
Soalan Orrok (penunggu paya) kepada Artakus dan Adonis semasa
melintasi Paya Tozor.
Tidak
pernah kurang, tidak pernah lebih
tidak pernah berpisah
Tidak pernah bertemu.
Permata Aurorius, 1:170
Jawapan: Siang dan malam. Soalan Adonis kepada Orrok.
Ia mengambil tidak pernah memberi
Datangnya tidak dijemput
Perginya tidak dihalau
Bertemu dengan segala yang bernyawa
Berpisah dengan segala yang tidak.
Permata Aurorius, 1:170
Jawapan: Maut. Soalan Orrok kepada Artakus dan Adonis.
Wajahnya
seputih bulan
tetapi ia di tanah, bukan di langit
serinya seperti matahari
tetapi ia di tanah bukan di langit
kurus tubuhnya dan lebar tangannya
hijau warnanya.
Permata Aurorius, 1:173
Jawapan: Bunga Arianur. Soalan Artakus yang gagal dijawap oleh
Orro, justeru membebaskan mereka dari kepungan kabus paya Tozor
dan cengkaman Orror.
Mistik
Aurora
Arkus
Sewaktu
Artakus menyentuh hulunya buat kali pertama, dia dapat merasakan
keanehan Arkus, besinya bukan seperti kebiasaan besi, Artakus
dapat merasakan kehangatannya, seperti gugusan kuasa tersimpan
di dalamnya.
Permata Aurorius, 1: 47
Sebilah pedang hadiah dari Arasis, ianya panjang dan meruncing
ke hujungnya. Pemberian Merkia kepada Artakus.
Permata Aurorius
Kunci
yang boleh membuka pintu alam.
Permata Aurorius, 1:155
Lok Sabkar
Sebilah pedang yang dianugerahkan oleh Herakos kepada Jundak dari
Osria. Pedang gelap yang dicipta dari kegelapan.
Unzalia
Sejenis hasil seni ukiran kayu Aurora yang boleh menyampaikan
mesej tertentu.
Ilia
Kuda tunggangan Artakus. Kuda putih yang lahir dari kuda hitam
sebelum kedatangan Artakus ke Aurora (antara tanda-tanda kemunculan
Artakus).
Perisai Jatana & Topi Perang Hadan
Kelengkapan perang yang telah diadun dengan sihir.
Bunga-bunga
Aurora
Irionel
Bunga ini tumbuh di lantai hutan, bentuknya kecil dan berwarna
kuning garang
Permata Aurorius, 1:85
Taryusis
Bunga yang berwarna merah, mendapat nama dari seorang pendekar
Aurora yang terkenal, Taryusis Tarera. Darahnya tumpah dan mewarnai
sekuntum bunga setelah tewas dalam pertempuran dengan gergasi
dari Yurvai yang mengamuk di Aurora.
Permata Aurorius,1:85
Arianur
Berwarna putih dan wangi, menyerupai bunga mawar dengan pinggir
kelopaknya diwarnai biru lembut. Namanya bersempena nama seorang
pemuda yang sangat setia kepada kekasihnya dan bertukar menjadi
bunga apabila dia tua. Ia lambang perasaan sayang.
Permata Aurorius,1:86
Bunga Zadin
Dikenali sebagai bunga salji oleh orang-orang Aurora. Digunakan
dalam perubatan dan sebagai bahan bersihir.
Petua Azkram
Contributed by:
elaira |