
11-08-03:
Perjuangan Artakus
Salam buat Aurorans,
Mungkin ramai yang resah melihatkan laman ini
jarang berganti. Dengan kata lain, susah untuk update. Apa lagi
alasan yang mampu saya beri selain dari kesibukan dengan tugas
harian? Tidak dinafikan, banyak perkara yang ingin dikongsi bersama
dengan Auroran semua. Namun, atas desakan tugas, saya terpaksa
mendahulukan yang utama. Tapi, saya sering berkunjung ke 'Olai
Tannon', bersama-sama menikmati kemeriahan yang tersedia, di samping
forum yang sering membuat saya tersenyum.
Saya harap, anda tidak kecewa mahupun bosan.
Kami akan cuba dengan terbaik untuk memberi berita terkini- walaupun
lambat untuk dipaparkan di artakus.net. Tapi, sekiranya anda sentiasa
mengikuti perkembangan di buku tamu, pasti ada sahaja cerita yang
menarik.
Semoga anda terus setia bersama artakus.net.
Dan terima kasih, kerana sama-sama sudi untuk menggembirakan dunia
Aurora.
Salam hormat,
----------------------------------------------------------------------------------------
Artakus
Ini adalah gambar Artakus dari persepsi Abang
Pat. Ok, memang handsome dan macho. Buat masa ini, biarlah anda
berteka teki, siapakah dia yang sebenarnya. Anda nak tahu, saya
menghabiskan masa yang agak lama untuk merenung dan menafsir rahsia
di sebalik wajah 'Artakus' yang Abang Pat maksudkan ini. Hmmm...
----------------------------------------------------------------------------------------
Jundak?
Ramai yang mengimaginasikan wajah dan karektor
Jundak. Tapi, secara peribadi, wajah dan karektor Jundak adalah
seperti watak Tarabas, seperti gambar-gambar di bawah. Apa pula
pendapat anda?
Oh ya, Tarabas merupakan satu watak 'evil' dalam
siri fantasi yang pernah disiarkan di televisyen suatu ketika
dahulu, iaitu The Cave of The Golden Rose. Ia adalah kisah yang
agak menarik- seorang puteri yang menyamar sebagai seorang lelaki,
dikenali sebagai Fantaghiro, berusaha untuk mencari penawar yang
dapat menukarkan suaminya kepada manusia semula selepas termasuk
ke dalam sungai yang telah disumpah.
Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan seekor
kuda yang boleh berkata-kata, sebiji batu yang dapat kembali semula
setelah dibaling dan seorang budak perempuan yang bijak. Melalui
pengembaraannya, dia telah bertemu dengan musuhnya, iaitu Tarabas.
Tarabas pula sedang berusaha untuk menghilangkan sumpahan pada
dirinya. Tanpa disedari, rupa-rupanya hatinya terpaut kepada Fantaghiro.
Ops, dah macam promosi pula. Heh! Untuk peminat
Tarabas khususnya, inilah dia gambar Tarabas. Calon untuk Jundak?

Psst, klik pada gambar untuk lihat
saiz yang lebih besar. Yeay!
----------------------------------------------------------------------------------------
Buku ke-7 bukan konklusi?
Yeah, betul. Buku ke-7 bukanlah buku terakhir
untuk siri Saga Artakusiad. Menurut Abang Pat sendiri, buku ke-7
lebih menceritakan nasib yang bakal diterima oleh bangsa Aurora.
Masih banyak lagi perkara yang akan dibincangkan, iaitu ianya
akan diceritakan pada buku-buku yang seterusnya. Saya berkesempatan
untuk membaca sebahagian bab di dalam buku-8, terus terang saya
katakan, ianya merupakan karya yang cukup hebat. Menyentuh perasaan!
"Abang Pat rasa, inilah karya yang paling
baik pernah Abang Pat buat. Waktu menulis tu, idea mencurah-curah
turun dari langit." - Abang Pat.
Wah, tak sabar sungguh kita dibuatnya!
----------------------------------------------------------------------------------------
Sticker Artakus Aurora
Ok, ini dia gambar sticker Artakus Aurora yang
pernah menjadi kontroversi di antara saya dengan Abang Pat.
"Lepas ni, kita kena patenkan nama ni",
kata Abang Pat kepada isteri beliau apabila terlihat sticker ini.
Hehehe. Takpe Abang Pat, ini adalah salah satu promosi untuk Saga
Artakusiad. ;)
Mungkin ada yang merasakan ianya tidak secantik
yang difikirkan, tapi inilah yang telah saya hasilkan untuk ditampal
di kereta saya. Nampak simple, tapi elegan. Ahaks! Ada cadangan
untuk hasilkan sticker yang lebih menarik?

----------------------------------------------------------------------------------------
Dear Aurorans,
IMPORTANT ANNOUNCEMENT!
YOU CAN STILL BUY THESE BOOKS!
Book 2 of Saga Artakusiad, Kota Arialun.
Book 3 of Saga Artakusiad, Kembar Artakus. (SOLD OUT)
Book 4 of Saga Artakusiad, Petua Azkram. (SOLD OUT)
THEY ARE STILL AVAILABLE AND CAN BE BOUGHT ONLINE
AT www.dawama.com
under subtitle kesusasteraan subheading novel. IF YOU BUY THEM
ONLINE, THE BOOKS WILL BE SENT BY MAIL DIRECT TO YOUR DOORSTEP.
FURTHERMORE, YOU WILL BE GIVEN A 20 PERCENT DISCOUNT ON EVERY
BOOK BOUGHT ONLINE (that's RM 4.80 only).
Hurry, get your copies!
----------------------------------------------------------------------------------------
>>> archives
|