About Legenda Numerius
My dear Aurorans,
I did not want to write in as I haven't finished my thank you
speech yet, but there are some matters that require urgent attention.
First, my apologies to those who have ordered
their books through mail as we have not posted them to yet. This
is because we need some time to sort through our lists and also
to pack the books properly to ensure that they don't get spoiled
during handling and transportation. We hope to resolve this matter
soon, hopefully by Friday. Once we have posted the books, we will
publish the details here on artakusdotnet for your confirmation.
We want everybody to get their books safely and in mint condition,
so please forgive us for the delay.
For those of you who want to buy the book direct
from the stores, here are the list of places where you can get
them (but please be advised that the price is RM 25)
1. Kinokuniya, KLCC, Kuala Lumpur
2. Farmasi Jaya Iss, Kg Baru, Kuala Lumpur (20 copies will be
on sale from the 9th of August 2004)
Ahmad Patria, 2004-08-03.
>> Please refer to 'order' section to buy
the book.
----------------------------------------------------------------------------------------
Plus:
INFO
CITIGROUP KUALA LUMPUR INTERNATIONAL
LITERARY FESTIVAL
29 Julai – 1 Ogos 2004 (Khamis –
Ahad)
>> 31 Julai 2004 (Sabtu)
PETANG: 5.00 pm – 6.30 pm
Ruang Legar KLCC
SESI PELANCARAN BUKU
Naratif Ogonshoto (Versi Bahasa Inggeris)
oleh Anwar Ridhwan
Legenda Numerius: Novel Saga Artakusiad
oleh Ahmad Patria Abdullah
5.00 petang : Pengenalan Unit Multimedia dan Karyanet
Pengenalan Buku yang dilancarkan
5.30 petang : Persembahan Montaj
5.40 petang : Pelancaran Buku Naratif Ogonshoto (Anwar Ridhwan)
&
Legenda Numerius: Novel Artakusiad (Ahmad Patria Abdullah) oleh
Sasterawan Negara A. Samad Said
5.50 petang : Persembahan Bacaan Fragmen Novel dan Pantomin
6.30 petang : Penutup
Lain-lain : Pameran Mini KaryaNet & Unit Multimedia
serta pengagihan flyers dan poster
Pelancaran Legenda Numerius
Akhirnya, buku ke-7: Legenda Numerius akan menemui
anda tidak lama lagi. Untuk makluman, majlis pelancaran buku Legenda
Numerius akan diadakah seperti berikut:
Tarikh: 31 Julai,
2004
Masa: 5 hingga 6.30 pm
Tempat: Ruang Legar, KLCC
Hebahkan kepada semua peminat Saga Artakusiad
dan mereka yang ingin mengetahui dunia Aurora ini. Sama-sama kita
memeriahkan majlis pelancaran itu nanti. (Nantikan juga satu kejutan
daripada Abang Pat, khusus untuk peminat semua.)
"Akhirnya,
penantian ini menjadi sesuatu yang amat bermakna. Terima kasih
buat Abang Pat, yang masih sudi merealisasikan satu fantasi..."
----------------------------------------------------------------------------------------
Antiga Prima + Poll
Tiga siri Antiga Prima karya Orzailly the Zukkiri
telah pun ditambah. Jangan lupa untuk menbacanya di bahagian Misc.
Oh ya, di bahagian kanan menu ini, ada terdapat mini poll untuk
anda mengundi siri Saga Artakusiad yang menjadi pilihan anda.
Mini poll ini akan diletakkan dalam masa yang tertentu sahaja.
Kemudian, poll ini akan ditukarkan dengan soalan-soalan yang lain.
Jangan terlepas untuk membuat undian anda!
Semangat Artakus
Semangat Artakus sudah mula dirasai kembali.
Demi semangat ini, maka artakus.net terus dikemaskini dengan perubahan
dan pertambahan beberapa bahagian lagi, iaitu di Misc.
Di sini, kami letakkan karya saudara Rosh yang bertanggungjawab
untuk menghasilkan lakaran-lakaran Saga Artakusiad. Terdapat dua
wallpaper yang boleh anda download ke PC anda. Di samping itu,
kami turut menghimpunkan karya 'crossroads' Aurora, puisi dan
lirik dari auroran seperti Antiga Prima dan Laira. Ingin tahu
siapa penulisnya? Jenguklah ke bahagian Misc. Semoga himpunan
terbaru dari artakus.net ini dapat memberikan senyuman kepada
peminat-peminat Saga Artakusiad.
Kepada yang ingin membaca wawancara Ahmad Patria
di Berita Harian, anda boleh dapatkannya di bahagian ini juga.
Pihak webmaster amat mengalu-alukan karya daripada
auroran untuk diletakkan ke dalam ruangan ini. Jangan rasa malu
dan segan, belum cuba belum tahu. Kehebatan anda tidak akan teruji
selagi anda tidak memberikan peluang untuk dibaca orang lain.
Tahukah anda, siri Saga Artakusiad yang pertama
- Permata Aurorius dicampakkan ke dalam tong sampah sebaik sahaja
ianya siap kerana penulisnya merasakan karya tersebut tidak bagus?
Berikan peluang kepada diri anda untuk merealisasi satu fantasi.
Bagaimana pula dengan layout terbaru bahagian
News ini?
[+]
Vote!
Undilah siri Saga Artakusiad sebagai pilihan
100 buku paling popular di Malaysia di laman
web ini.
----------------------------------------------------------------------------------------
Persada Kata
Pertama kali di sini?
Ya, saya tahu anda terkejut dan terharu.
Pasti anda tidak percaya akan kewujudan laman web ini.
Siapa sangka, siapa menduga: Artakus masih hidup rupanya.
Artakus yang disangka sudah lupus dari ingatan kini kembali rupanya.
Dia masih gagah dan kental. Semangatnya menerawang
melalui masa dan usia. Merentasi sempadan ruang dan kini bertapak
di alam maya. Salam dari artakus.net.
Ah,
bagaimana pula kesudahan Artakus?
Mampukah dia mengalahkan bala tentera Morrok?
Adakah teman yang setia membela dirinya nanti?
Sanggupkah Laira menanti, atau berlalu pergi?
Persoalan demi persoalan silih berganti,
Namun, tiada pula jawapan yang pasti.
Kerana
kepastian itu,
belum tentu sesuatu yang indah.
Nantikan, kemunculan siri ketujuh Saga Artakusiad: Legenda
Numerius tidak lama lagi.
[+]
Updates
New section added: order
(Sila masuk ke bahagian ini untuk mendapatkan tempahan buku-buku
Saga Artakusiad, Bunga Arianur dan Legenda Numerius). Terima kasih
kepada Kak Nisah yang banyak membantu artakus.net. :)
Sinopsis terkini:
Petua Azkram
Puteri Alindalia
Pedang Aurora
Untuk membacanya, anda boleh ke bahagian books.
Oh ya, cover untuk setiap buku juga telah diletakkan. Mungkin
ada yang ketinggalan untuk melihatnya sebelum ini. Sinopsis yang
diletakkan ini adalah sumbangan dari mr. x (silence). Jika terdapat
sebarang kesilapan, anda boleh memaklumkan kepada pihak webmaster.
Terima kasih.
Launching?
Maklumat berkenaan pelancaran buku Legenda Numerius
masih lagi belum ditetapkan. Sebarang berita terkini akan diberitahu
melalui artakus.net dan juga rangkaian emel Kelab Aurora. Walau
bagaimanapun, promosi berkenaan buku ketujuh akan diteruskan sehingga
Legenda Numerius diterbitkan. Bantulah artakus.net untuk mempromosikan
karya terkini Ahmad Patria Abdullah: di radio, televisyen, media
massa dan sebagainya!
Jika tiada sebarang masalah, kami akan mengeluarkan
barangan artakus.net seperti t-shirt, sticker, poster dan sebagainya.
Ada sesiapa yang sudi memberi sumbangan?
[-]
Sama-samalah memeriahkan 'Olai Tannon': banyak perkara yang tidak
anda duga apabila bersama-sama auroran yang lain. |